Terdapat Banyak Khasiat - Paperomia Pellucida Leaf/Daun Sirih Cina
(Kerap di cabut dan di buang)
Masih tak ramai orang tahu tentang daun herba atau jenis herba ini, biasanya daun ini hanya tumbuh di kawasan yang panas, daun ini juga mempunyai banyak nama seperti di bawah ini antaranya:
Nama Latinnya: Peperomia Pellucida,
Nama Asian nya adalah: Daun Sirih Cina (lebih di kenali dengan nama Suruhan Air atau Ketumpang Air - Indonesia), Chinese Betel Leaf Plant (negara China).
Daun tanaman ini juga berbentuk kecil dan selalu terdedah pada sumber air, seperti tanah yang lembab dan dekat dengan sungai. panjang dan ketinggian pokok herba ini antara 15 ke 45 cm, boleh di jumpai di merata asia dan America, pokok herba ini jugak mudah di tanam dan ia mengeluarkan banyak benih yang halus dan berwarna kehitaman (pastikan jika mahu ambil benihnya tunggu sampai benihnya menjadi hitam dan bukan hijau).
info lain: Tanaman ini juga boleh di makan seperti 'Ulaman' sedap di makan, letakkan ia dalam air untuk memastikan ia tetap segar dan sedia untuk di makan, btw untuk pengetahuan anda juga pokok daun nya juga bersifat 'garing' mudah patah, jadi hati hati jika ingin mengambilnya.
Cara nak tanam:
tarik benih dari batang benih seperti di tunjuk anak panah di atas, dan taburkan saja di atas tanah, ia akan tumbuh dalam masa 5-8 hari, mudah sekali untuk tanam.
ps: Jika terjumpa di tepi jalan atau sekitar kawasan rumah, cunkilkan tanah sedikit dan ambil dgn berlahan agar ia tidak patah dan akarnya tidak putus, kemudian cepat tanamkan kerana tumbuhan ini mudah layu dan mati (kering).
Cara siram Air:
Siram air cukup hanya di sekeliling tanah, dan tidak direct terus ke daun (takut patah atau condong dan akhirnya patah di sebabkan siraman air terlalu berat)
Membantu rawat sakit lutut
CARA: Lumatkan daun serta batangnya dengan di tepekkan kepada lutut yang sakit (di biarkan buat seketika, dan bersihkan bila dah kering, diulang lagi kalau masih sakit)
Khasiat Herba ini di antaranya:
1. Sebagai Anti-Biotik Alami
- Kandungan senyawa patuloside A sebagai anti-mikroba dan anti bakteria yang kuat mengatasi akibat bakteria
2. Kencing Manis (Menurunkan kadar Gula Darah)
- Daun ini mempunyai efek anti-hiperglikemia yang dapat menurunkan kadar gula darah dalam tubuh pada penderita diabetes melitus
3. Tekanan Darah Tinggi
4. Menurunkan Kadar Asam Urat (Gout)
- Daun ini jugak mengandungi zat anti-hiperurisemia yang dapat menurunkan kadar asam urat dalam darah.
ps: Minum 1 gelas perahan (di blender) atau rebusan air, 2 kali sehari
5. Artitis, Reumatisme
6. Penawar Sakit Sendi
- Mengandun alkaloid yang bekerja menghambat terbentuknya enzim oksidase penyebab timbulnya gangguan persendian
7. Boleh di buat sebagai Sayur, Salad & Teh
8. Sakit Perut & Cirit Birit
- Tanaman ini di gunakan sebagai gastroprotektif atau penghambat gangguan kesihatan yang berhubungan dengan usus besar (perut)
9. Mengubat Buasir
10. Jangkitan pada Pundi Kencing
11. Sakit Kepala
- Tanaman ini jugak bersifat analgesik, dapat meredakan nyeri dan sakit kepala
ps: Minum 1 Gelas perahan (di belender) atau rebusan daun ini, 2 kali sehari
12. Mengelakkan jangkitan pada Mata
13. Selsema
14. Penghilang Bisul & Jerawat
- Daun ini juga mengandungi senyawa flovonoid sebagai anti-inflamasi (peradangan) atau pembengkakan akibat bakteria
ps: Minum 1 Gelas prasahan (di blender) atau rebusan air, 1 kali sehari
15. Meredakan Batuk & Demam
- Ramas daun serta batangnya dan sapukan pada kepala dan badan
16. Ubat - Luka/bakar
- Tumbuk/Lumat halus daun ini terlebih dahulu, kemudian tempelkan kepada bahagian tubuh yang mengalami luka bakar.
ps: Lakukan 3 kali sehari
17. Merawat Penyakit Kayap
- Pokok di tumbuk dengan bedak sejuk - tanpa perlu campur air sebab pokok pun dah lembut dan berair, kemudian di sapurkan terus pada bahagian kayap. InsyaAllah jika di izinkan InsyaAllah cepat sembuh amin.
nota: Ada tanya - Bagaimana Rasa Daun ini
Rasa eh...ibu dah rasa, rasanya sama seperti kita makan sayur salad, dan kalau di buat ulam atau di goreng (separuh goreng) dan makan bersama nasi panas Fuhhh memanglah sedap dan mantab ๐
๐ช selamat mencuba ๐๐.
No comments:
Post a Comment